Bekas Presiden Korea Selatan Dipenjara Kali Kedua

302

Bekas presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak pada hari ini telah diarahkan untuk ke penjara setelah pihak mahkamah Seoul menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun atas tuduhan rasuah.

Hukuman dikenakan adalah seumur hidup di mana Lee yang berusia 78 tahun itu tidak akan dibebaskan sehingga 2036 kecuali jika beliau mendapat pengampunan atau dibebaskan.

Pada minggu lalu Mahkamah Agung telah menjatuhkan hukuman ke atas Lee atas dua tuduhan, penyelewengan wang berjumlah 25.5 bilion won ($22 juta) dan menerima rasuah sebanyak 9.4 bilion won.

Ini bukan kali pertama Lee disabitkan kesalahan. Pada hujung 2018, pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun sebelum diikat jamin setelah setahun menjalani hukuman.

Lee dibebaskan atas dasar sekatan undang-undang untuk menahannya ketika proses rayuan sedang berlangsung.

Lee merupakan presiden Korea Selatan yang ke-17, bermula 2008 sehingga 2013.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau berjaya mentadbir negara di tengah-tengah krisis kewangan global dan memenangi tawaran bagi 2018 Winter Olympics. Pada masa yang sama, Lee juga dikritik kerana dianggap merosakkan sistem demokrasi negara termasuk kebebasan bersuara.

Penggantinya, Park Geun-Hye kini menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas dilucutkan jawatan pada 2017 kerana jenayah yang sama dan penyalahgunaan kuasa hingga menyebabkan rusuhan secara besar-besaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat