Beli Bitcoin, Jual Bon! – Bilionaire Mexico

742

“Wow, jangan main-main billionaire Mexico pun suka BTC tau.”

Ricardo Salinas, seorang jutawan Mexico dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Majalah Bitcoin Isabella Santos pada minggu lepas menyatakan bahawa semua orang harus menyimpan kekayaan dalam BTC dan jual bon.

Dalam temu bual selama 20 minit tersebut, beliau turut membincangkan bagaimana mata wang kripto mampu bertindak sebagai perlindungan terhadap isu inflasi yang makin berleluasa dan perangkap sistem kewangan tradisional.

Menurutnya, nilai BTC adalah salah satu cara untuk melindungi kekayaan seseorang susulan ia bukan sahaja memiliki sifat unik malah daya tarikan dalam ekonomi hiperinflasi yang biasa berlaku di Amerika Latin.

Selain menekankan kepentingan mendidik orang ramai tentang kesan dasar monetari kerajaan yang disebutnya sebagai penipuan dan manipulatif, Salinas juga berkata BTC adalah alat untuk kebebasan kewangan.

Jutawan Mexico itu yang melihat BTC sebagai kelas aset penting untuk simpanan jangka panjang telah meneruskan perbincangannya di mana Salinas mengakui aset digital itu mempunyai potensi untuk beri manfaat pada negara dunia ketiga terutamanya di kawasan yang mengalami hiperinflasi.

Mengenai persepsi keluarganya terhadap BTC, Salinas berpandangan cabaran untuk menjelaskan nilai aset digital kepada seseorang daripada generasi lebih tua seperti bapanya adalah sangat sukar susulan mereka mungkin kurang memahami tentang konsep kripto.

Bagaimanapun, sebagai seorang tokoh terkemuka dalam dunia perniagaan dan media, pandangan positif Salinas terhadap BTC mampu memberi impak besar pada penggunaannya di Mexico ataupun di negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat