Beli Bitcoin Semasa Harga $2, Individu Untung $30 Juta Lepas 14 Tahun Berdiam Diri!

1,894

“Mesti tak sangkakan dia dah untung banyak tu, sebelum ni mungkin beli suka-suka je.”

Tanpa disedari, wallet Bitcoin (BTC) yang tidak aktif selama 14 tahun sejak tahun 2011 telah memberi kejutan pada seluruh pasaran mata wang kripto setelah secara tiba-tiba memindahkan $30 juta dalam BTC.

Menurut Ash Crypto, pakar aset digital terkenal berkata individu tersebut yang memiliki wallet khusus telah menunjukkan ketabahan luar biasa melalui pegangan BTC selama beberapa tahun sungguhpun terdapat perubahan harga besar.

Tambahnya lagi, individu tersebut yang membeli BTC semasa harga berada pada hanya $2 telah bertindak menjualnya ketika aset digital itu didagangkan pada $61,000, jadi di sini dapat dilihat ia menunjukkan tahap kesabaran dan pemikiran yang strategik.

Selain potensi kripto yang berkekalan, kejadian menakjubkan tersebut berjaya mencipta gelombang besar dalam kripto turut tercetus disebabkan individu itu yang menunjukkan minat berterusan dan bukanlah semata-mata jumlah wang yang besar.

Suka dimaklumkan bahawa pakar di CoinCodex menjangkakan harga BTC akan mencapai $80,000 menjelang pertengahan Jun 2024 sekiranya pasaran kripto selepas ini melihat pemulihan secara perlahan-lahan.

Dari kisah diperjelaskan di atas dapat dilihat dunia pelaburan dalam kripto bukan sahaja tidak dapat diramalkan malah sangat menarik susulan seseorang mampu menjana keuntungan yang banyak biarpun tidak melakukan apa-apa dalam jangka agak panjang.

Setakat penulisan ini, harga BTC melonjak sebanyak 0.68% pada paras $61,890 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 0.61% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat