Belum Habis Mendaki, GBP/USD Catat Paras Tertinggi 5 Minggu

503

Pound Sterling kekal meneruskan pengukuhan sehingga dagangan sesi New York semalam selepas Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengumumkan sekatan sistem 3 peringkat sebagai langkah membendung penularan pandemik.

Tambahan, perbincangan berkenaan polisi bank pusat, Bank of England (BOE) menyatakan bahawa pelaksanaan kadar faedah negatif masih lagi akan dinilai namun tidak melihat untuk pelaksanaan pada masa terdekat.

Ini menjadi faktor menyokong pengukuhan semula Pound di sesi New York selepas pamerkan prestasi yang lemah pada sesi sebelumnya.

Pelabur akan menantikan laporan data pekerjaan UK di awal pembukaan sesi Eropah sebentar lagi yang bakal mempengaruhi dagangan Pound.

Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga telah menunjukkan penurunan hampir ke paras 1.3000 pada zon RBS (resistance become support) sebelum kenaikan semula harga sekitar 76 pips mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu mencecah 1.30800.

Harga kemudian bergerak perlahan sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar 1.30600.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga kembali membuat penurunan sekitar 30 pips berikutan pengukuhan yang dipamerkan US dolar berikutan beberapa faktor yang dilihat meningkatkan risiko dalam pasaran.

Namun, harga yang masih berlegar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam harga masih memberi isyarat trend bullish.

Kenaikan akan terus dijangkakan melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam dan menuju zon resistance 1.31500-1.32000.

Sebaliknya, jika harga kekal membuat penurunan, zon RBS 1.30000 akan menjadi paras terhampir diuji.

Sekiranya harga berjaya melepasi zon tersebut, pelabur akan menilai perubahan trend bearish yang berlaku akan mendorong harga ke paras lebih rendah berkemungkinan menuju zon RBS 1.29000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat