Belum Lagi FOMC Tapi Pelabur Sudah Mula ‘Goyang Lutut’

295

Buat 3 sesi berturut-turut pasaran Wall Street alami penyusutan, kecuali kaunter utiliti sementara US dolar kekal menjadi pilihan menjelang mesyuarat FOMC.

Saham-saham utama di Eropah sehingga Asia juga tumbang dengan kebimbangan pertumbuhan ekonomi global yang lemah menerbalikkan sentimen pelabur.

Ketika sesi Wall Street semalam Dow Jones Industrial turun 1.03%, S&P 500 susut 1.44% dan Nasdaq Composite jatuh 2%.

Indeks STOXX 600 Eropah ditutup rendah 0.58% sementara tolok MSCI global yang mengukur sejumlah 47 saham negara lain junam 1.26%, penurunan ke-3 dari paras tertinggi 3 bulan minggu lalu.

Dagangan Asia pagi ini pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun turun 0.59%, Topix jatuh 0.44%, Kospi Korea Selatan susut 0.29%, Kosdaq junam 0.58%, S&P/ASX 200 Australia hilang 0.68% dan MSCI Asia Pasifik kuncup 0.16%.

Dalam pada itu, dolar meneruskan pengukuhan berbanding sejumlah mata wang utama lain dengan kembalinya kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah agresif Federal Reserve (Fed).

Pelabur menjangkakan Fed akan melaksanakan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas selepas data pekerjaan dan data aktiviti ekonomi AS yang baik, memberi bayangan kemampuan menampung dasar pengetatan agresif.

Ini juga menandakan bahawa kemungkinan kemelesetan akan berlaku dengan Ketua Eksekutif Jason Pride menegaskan bahawa ia bukan lagi sebuah hipotesis tetapi realiti.

Asas itu dicapai berdasarkan kejatuhan pada hasil Perbendaharaan memperdalamkan keluk hasil yang menyongsang, penunjuk kepada kemelesetan.

Hasil nota 10 tahun kali terakhir disemak jatuh 6.6 mata asas pada 3.533%, dengan jurang antara hasil 10 dan 2 tahun pada -83.7 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat