Donald Trump dilihat masih tidak dapat menerima kekalahannya. Sejak dari awal beliau terus berusaha untuk membangkitkan keraguan terhadap keputusan pilihan raya ketika presiden baru Amerika Syarikat, Joe Biden memulakan langkah pertamanya untuk ke White House.
Pada hari ini, Donald Trump akan bertemu dengan para pemimpin Republik dari Michigan di White House (Rumah Putih) bagi mendesak pihak pimpinan agar membatalkan keputusan pilihan raya presiden yang dijalankan pada 3 November.
Strategi Trump ialah untuk menyakinkan badan perundangan yang dipelopori oleh pihak Republik di negeri-negeri yang dimenangi oleh Joe Biden. Donald Trump sebelum ini telah menegaskan pasukannya telah memfailkan tuntutan saman yang mendakwa beliau memiliki banyak bukti penipuan dalam pilihan raya kali ini.
Joe Biden yang terpilih menjadi Presiden baru-baru ini merupakan seorang demokrat sedang membuat persiapan untuk memegang tampuk pemerintahan pada 20 Januari nanti. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut dibantah ole Trump.
Pasukan Trump kini memberi tumpuan pada negeri Michigan dan Pennsylvania buat masa ini sebagai tumpuan untuk menukar keputusan sedia ada. Berdasarkan sumber terpercaya pemimpin perundangan Michigan, ketua senat Mike Shirkey dan beberapa ahli lain akan mengunjungi Rumah Putih atas permintaan Trump.
Sementara itu, Biden dijadualkan bertemu dengan pemimpin Demokrat di Kongres, Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi dan Pemimpin Minoriti Senat Chuck Schumer selepas berminggu-minggu beliau meluangkan waktu dengan penasihat beliau bagi merancang arah tuju pentadbiran.