Benci Guna Dolar AS, BRICS Nak Buat Stablecoin Sendiri!

477

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Harapnya rancangan BRICS menjadilah.”

Kumpulan BRICS sedang berada dalam proses pertimbangan bagi melaksanakan stablecoin sebagai sebahagian daripada usahanya yang ingin mencipta alternatif lain dalam mengurangkan penggunaan dolar Amerika Syarikat (AS) untuk kiriman wang serta perdagangan rentas sempadan.

Menurut Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov, langkah tersebut adalah tambahan pada membangunkan “BRICS Bridge” iaitu platform yang menyokong kesalingoperasian pembayaran Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).

Tambahnya lagi, terdapat peranan yang akan dimainkan oleh mata wang kripto disokong mata wang fiat bagi kumpulan itu, antaranya adalah memupuk kerjasama kewangan di kalangan negara anggota BRICS biarpun masih tidak pasti sejauh manakah ia boleh pergi dengan penyelidikan dan rancangannya.

Namun, BRICS pada bulan lalu umum penciptaan sistem pembayaran bebas berasaskan mata wang digital dan blockchain yang bertujuan memudahkan kerajaan, rakyat biasa dan perniagaan termasuk kos efektif serta bebas daripada politik.

Umum mengetahui langkah daripada kumpulan BRICS berlaku di tengah-tengah peningkatan penggunaan stablecoin dalam ekosistem kripto, di mana pasaran stablecoin baru-baru ini naik lebih $160 juta.

Selain itu, firma pembayaran berpangkalan di Singapura Triple-A buat langkah strategik dengan umum keputusannya untuk menyepadukan stablecoin PayPal ke dalam pelbagai pilihan pembayarannya yang disesuaikan oleh pedagang.

Bukan itu sahaja, firma pembayaran blockchain terkemuka Ripple (XRP) turut mendedahkan rancangannya untuk melancarkan stablecoin sendiri susulan daripada minat pelabur makin meningkat terhadap kelas aset khas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat