Berbilion XRP Dilepaskan, Harga Bakal Meroket Tinggi Lagi?

1,338

“Sikit lagi nak tembus $0.55, harapnya XRP dapat naik la bulan ni.”

Setelah bulan Oktober bermula, prestasi mata wang kripto XRP tampaknya semakin berkembang apabila firma pembayaran blockchain Ripple baru-baru ini bertindak mengeluarkan lebih $1 bilion token daripada escrow*.

*Sebelum membuat transaksi, token dipindahkan ke kontrak pintar pihak ketiga.

Memang tidak dinafikan terdapat 500 juta XRP dikeluarkan secara besar-besaran dalam tempoh 24 jam lalu, tetapi pasaran kripto perlu mengetahui unlocking 400 juta, 100 juta dan 70 juta token itu mungkin juga akan dilakukan.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa pengeluaran XRP adalah petanda positif untuk aset digital tersebut susulan harganya berjaya melepasi $0.54 pada Jumaat minggu lepas sebelum susut semula sedikit pada hari ini.

Walaupun XRP masih perlu mengharungi pelbagai rintangan disebabkan pertempuran undang-undang antara Ripple dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), permulaan positif pada Oktober dijangka dapat mendorong harganya naik lebih tinggi.

Selain kekal sebagai pembayaran dalam program On-Demand Liquidity (ODL) yang ditadbir oleh Ripple, peranannya dalam Ledger XRP (XRP) turut merupakan salah satu sebab aset digital itu telah menjadi tumpuan pasaran kripto.

Susulan akan lebih banyak token ditetapkan untuk dilepaskan daripada escrow, XRP menjangkakan terdapat kecairan edaran mencukupi dalam pasaran kripto pada hari ini.

Setakat penulisan ini, harga XRP mencanak sebanyak 1.42% pada paras $0.52 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $27 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 4.30% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat