Bergerak Tidak Menentu, BTC Berpotensi Bullish?

343

“Kejap naik kejap turun, sebenarnya harga BTC nak ke mana ni?”

Sejurus selepas menyentuh $70,000, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum semula sehingga $69,348 setelah aset digital tersebut mengalami aliran liquidations kira-kira $14.59 juta dalam masa singkat.

Liquidations dalam pasaran kripto bukanlah perkara baharu susulan traders akan secara berterusan melindungi nilai bets mereka melalui dagangan berleveraj yang sejak kebelakangan ini semakin menarik perhatian ramai.

Perlu diketahui BTC minggu ini boleh berada dalam tekanan disebabkan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) didapati mempunyai mesyuarat dasar dua hari yang mungkin menyaksikan pengumuman penurunan kadar faedah.

Bank pusat lain dalam G7 termasuk Bank of Canada dan Bank Pusat Eropah (ECB) yang mengumumkan pemotongan kadar faedah pada minggu lepas juga adalah pencetus pertumbuhan penting bagi aset berisiko terutamanya BTC.

Suka dimaklumkan banyak negara termasuk AS, United Kingdom (UK), Australia, Hong Kong dan Thailand telah menyokong pertumbuhan BTC selepas spot BTC ETF diluluskan, jadi di sini dapat dilihat lantunan harga akan berlaku jika indeks pasaran kripto serta pengumpulan spot BTC ETF berterusan meningkat.

Selain itu, harga sebenar pemegang jangka pendek BTC yang kian meningkat telah membuktikan aliran menaik aset digital tersebut akan berterusan ditambah pula harga purata pemerolehan coins dipindahkan dalam 155 hari lalu dan dipegang di luar rizab pertukaran mencanak 1.5%.

Selagi BTC mengekalkan kedudukannya di atas $64,000 bagi beberapa bulan akan datang, tinjauan jangka panjang untuk harga aset digital tersebut dijangka kekal bullish susulan daripada paras itu yang bertindak sebagai zon sokongan ketara.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.21% pada paras $69,411 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 0.59% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat