Beri Laluan Semua, Mercedes Benz Nak Lancar NFT!

3,065

“Anda rasa peminat tegar jenama kereta mewah ni akan beli tak NFT tu?”

Organisasi seni digital Fingerprints DAO memeterai perjanjian bersama artis Belanda bernama Harm van den Dorpel dan pengeluar kereta Jerman Mercedes Benz untuk mengeluarkan koleksi non-fungible token (NFT) yang diilhamkan oleh konsep automotif.

Diperjelaskan lebih lanjut, NFT tersebut yang digelar “Maschine”adalah koleksi van den Dorpel disokong oleh Mercedes-Benz NXT, iaitu cabang Web3 baharu pengeluar kereta memfokuskan koleksi digital dan pengalaman maya.

Koleksi NFT tersebut bakal menampilkan 1,000 unit berasaskan Ethereum (ETH) yang memainkan tema halaju dan persepsi susulan ia meniru roda sedang bergerak.

Selain rancang menyertakan projek satelit dan persisian dalam ekosistem NFT, Mercedes-Benz NXT turut berhasrat mengeluarkan tiga koleksi utama yang akan dibangunkan serta diuruskan oleh studio kreatif 0xNXT.

Susulan blockchain mampu menyatukan ciri seni digital dalam semua variasi dari segi pemilikan dan pemuliharaan, van den Dorpel berkata bahawa mereka dapat membuat karya seni eksperimen yang generatif.

Menurut Luiz Ramalho, pengasas DAO Fingerprints menyatakan bekerja dengan Mercedez-Benz NXT dapat merapatkan jurang antara aset digital baru muncul dan dunia seni tradisional.

Secara konteks, sebuah organisasi autonomi decentralized Fingerprints DAO telah menyusun galeri seni NFT yang dipilih oleh Jawatankuasa Curation, di mana salah satu koleksinya adalah Autoglyphs oleh Larva Labs, Loot Bags dan karya lain dianggap tidak dapat ditiru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat