Berita Baik Dari Logam Kuning Setelah Terjejas Teruk Semenjak Pilihanraya Presiden!

61

Harga emas melonjak pada sesi Asia setelah kebanyakan pelabur menggunakan kesempatan kejatuhan nilai emas sebagai peluang untuk membeli komoditi tersebut.

Emas bagi penghantaran Disember meningkat 0.73% kepada $1,187 satu troy ounce. sementara itu, dagangan untuk silver futures tidak banyak berubah dalam dagangan ini, manakala copper futures merosot sebanyak 0.24%.

Minggu ini akan menyaksikan AS mengeluarkan laporan sektor pekerjaan dan data pertumbuhan ekonomi yang bakal menjadi pengukur keadaan semasa ekonomi terbesar tersebut.

Selain data tersebut, pasaran juga menantikan data inflasi zon euro dan laporan pembuatan daripada UK dan China.

Sebelum ini, Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi memberi keterangan mengenai tinjauan ECB mengenai perkembangan ekonomi dan pasaran kewangan akibat Brexit kepada Jawatankuasa Ekonomi di Parlimen Eropah.

Minggu lalu, harga emas didagang merosot kepada paras terendah dalam tempoh 9 minggu selepas jangkaan kenaikan kadar faedah AS terus mengaburi prospek permintaan bagi logam berharga.

Harga logam kuning ini terjejas semenjak pertaruhan bahawa kenaikan kadar oleh Fed pada bulan Disember dikatakan hampir pasti. Menurut Fed Rate Monitor Tool, jangkaan peratus kenaikan kadar pada bulan Disember ini adalah sebanyak 95.4%.

Jangan Abaikan Artikel Ini Jika Anda Open Position Pada Sesi Asia Hari Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat