Apa Faktor Yang Menyebabkan US Dollar Mula Merosot Dalam Sesi Asia?

46

US Dollar mula menjauhi paras tertinggi yang pernah dicapai dalam tempoh 14 tahun bagi permulaan sesi dagangan minggu ini. Penurunan ini mula dicatat setelah beberapa hari matawang gergasi ini memasuki bull market.

US Dollar Index juga didagang merosot sebanyak 0.2 peratus.

Matawang ini mula tergelincir setelah kebanyakan pelabur berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan pada minggu lepas dengan kenaikan sama yang dicatat oleh hasil bon AS.

Semenjak kemenangan Trump, US Dollar telah mencatat lonjakan tanpa henti setelah presiden baru AS itu mengumumkan dasar yang akan meningkatkan perbelanjaan fiskal dan inflasi.

Matawang Greenback berpotensi mengalami turun naik minggu ini berikutan pertemuan OPEC dalam memuktamadkan pembekuan bekalan minyak mentah yang sudah sekian lama berlarutan. Pada 4 Disember juga, Itali juga dijadualkan akan memperbaharui perlembagaan. Referendum Itali boleh mengganggu gugat ketenangan pasaran matawang berikutan pimpinan kerajaan yang sedia ada berpotensi meletakkan jawatan.

Dalam masa yang sama, minyak mentah merosot gara-gara ketidakpastian menjelang pertemuan OPEC yang akan diadakan pada minggu ini.

Data NFP yang dikeluarkan pada minggu ini juga dijangka bakal menarik perhatian pelabur terhadap kekuatan ekonomi terbesar tersebut.

Kata ketua strategi pasaran matawang di Mizuho Securties Tokyo, tidak hairan jika kebanyakan pelabur mengaut keuntungan besar-besaran kerana US Dollar telah mula melonjak sejak awal November.

Pun begitu, pengukuhan US Dollar ini akan terhenti berikutan Fed dijangka akan menaikkan kadar dengan lebih kerap pada tahun 2017 nanti.

Di tempat lain, Aussie melonjak kepada 0.7444 berikutan kesan lonjakan hasil perbendaharaan.

Sterling dicatat stabil, manakala Dollar New Zealand sedikit berubah dalam sesi ini.

Ini Berita Penting Yang Anda Pertahu Sepanjang Minggu (28 November – 2 Disember 2016)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat