Berita Kurang Baik Dari Negara Jiran Kita Ini

53

Tahun ini adalah tahun yang baik untuk negara Vietnam. Setelah bertungkus lumus selama 8 ke 9 tahun akhirnya mereka berjaya menjadikan negara mereka sebagai magnet pelabur yang baru.

Kemunculan Vietnam mengejar pantas Indonesia sebagai ekonomi terbesar di Asia Tenggara antara sebab mengapa pelaburan secara langsung di Indonesia dari pelabur luar ataupun dalam dijangka akan bergerak dengan agak perlahan untuk tahun ini.

Menurut Thomas Lembong iaitu Ketua Badan Kordinasi Penanaman Modal (BKPM), jumlah pelaburan secara langsung tidak termasuk dari sektor bank, minyak dan gas berkemungkinan akan tumbuh sebanyak 12-14% untuk tahun 2016, jauh sekali dari 17.8% pada tahun 2015.

Walaupun laporan suku kedua menunjukkan pertumbuhan paling kuat dalam masa 2 ½ tahun iaitu pada 5.18%, akibat pengumuman kerajaan terhadap pemotongan perbelanjaan sebanyak $10 bilion telah menyebabkan bank pusat mengurangakn ramalan pertumbuhan kepada 4.8-5.3% sahaja untuk tahun ini.

Untuk bersaing dengan negara Asia Tenggara yang lain, Widodo mengambil inisiatif dengan memperkemaskan sesetengah peraturan dan membuka lebih banyak sektor kepada pelabur luar bagi merancakkan lagi suasana pelaburan di Indonesia.

Selain itu demi menarik lebih ramai pelabur, Indonesia juga akan mengkaji semula dan menghapuskan peraturan yang menghalang kepada kemasukan pelabur dari luar. Bagi menjayakan inisiatif ini, Jakarta akan memantau serta mempertingkatkan keberkesanan pengurusan permit di 10 wilayah yang paling banyak menerima pelaburan.

Klik sini untuk belajar Forex

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat