Berita Palsu Tersebar, XRP Terciduk Lepas Pacak $0.74!

1,075

“Mesti harapan pelabur XRP hancur berkecaikan, ye la baru ingat harganya nk meroket tinggi gila.”

Seluruh komunitinya pasti terkejut setelah menyaksikan mata wang kripto Ripple (XRP) menjunam sehingga $0.64 sejurus selepas harganya menggunung tinggi bagi mencapai $0.74 dalam masa beberapa minit sahaja.

Kenaikan harga XRP lebih 12% telah berlaku apabila BlackRock dilaporkan melakukan pemfailan yang mencadangkan pengurus aset mencipta produk ETF XRP, tetapi keuntungan tersebut terhapus dalam sekelip mata selepas terdapat pengesahan mengatakan pemfailan itu adalah palsu.

Diperjelaskan, pengguna platform media sosial X telah menerima pemfailan Delaware yang menunjukkan BlackRock telah memfailkan permohonan untuk mendaftarkan “iShares XRP Trust”, bagaimanapun ia disahkan palsu oleh penganalisis Bloomberg ETF Eric Balchunas.

Balchunas berpandangan terdapat seseorang yang menyenaraikan trust XRP pada laman web senarai syarikat Delaware dengan menyamar sebagai pengarah urusan BlackRock bernama Daniel Schwieger.

Umum mengetahui bahawa penganalisis Bitcoin Magazine Dylan LeClair adalah individu pertama yang mula-mula mengumumkan berita itu, kemudian Balchunas dan The Block pula melakukan tindakan serupa.

Sungguhpun penyenaraian tersebut adalah palsu semata-mata, perlu ditegaskan spot Ethereum (ETH) ETF adalah benar susulan ia sudah disahkan secara rasmi melalui penyerahan 19b-4 kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 0.53% pada paras $0.66 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $35 bilion tetapi masih merekodkan penurunan 6.56% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat