Bermodalkan $110K, Trader Kripto Untung $8.7 Juta Dalam 3 Jam Je!

2,305

“Pergh dalam 3 jam je dah jadi jutawan, kalau macam ni semua orang nak.”

Sejurus selepas membeli sejumlah besar token terkemuka MANEKI yang mendapat perhatian global, seorang trader tanpa disedari berjaya memperoleh keuntungan sangat lumayan melalui pelaburan sederhananya dalam beberapa jam sahaja.

Diperjelaskan lebih lanjut, trader tersebut yang menyediakan modal $110,000 bagi membeli MANEKI telah menunjukkan kehebatan strategiknya dalam menavigasi kripto yang tidak menentu susulan beliau menjana $8.72 juta dalam masa tiga jam.

Jadi di sini dapat dilihat pendekatan metodologi dilakukannya pasti sangat menonjol kerana harga MANEKI tanpa menunggu lamaterus menggunung tinggi sejurus selepas trader tersebut melakukan dagangan.

Selain menyerlahkan keyakinan traders terhadap MANEKI, kemahirannya dalam memanfaatkan peluang sekejap dalam domain kripto turut dibanggakan di mana trader melabur $110,000 untuk memperoleh 1.02 bilion token MANEKI.

Kemudian, trader tersebut membuat tindakan pantas yang bijak apabila mengagihkan kekayaan barunya di 15 wallet dengan setiap wallet melindungi sebahagian daripada 1.02 bilion token MANEKI yang bernilai $8.72 juta.

Menerusi pemerhatian, banyak trader atau pelabur yang dapat merasai keuntungan lumayan dengan hanya yang sikit sahaja tetapi perlu diketahui mereka mungkin ada strategi dan tetap mengakui risiko akan dihadapinya.

Misalnya, seorang trader tidak dikenali yang membeli 2.85 juta dogwifhat (WIF) bernilai $310 telah berjaya menjana keuntungan $1.4 juta apabila harganya akhirnya melepasi $0.69 pada 24 Februari 2024 dan kini ia didagangkan pada $2.91.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat