Bersedia Semua! Gala Nak Belanja Airdrop!

263

“Pemegang tegar Gala mesti tak sabar nak tunggu hari airdrop kan.”

Setelah sekian lama, projek permainan Web3 Gala Games akhirnya bakal melakukan airdrop token GALA v2 kepada semua pemegang aset digital tersebut pada 15 Mei.

Namun, pasukannya menasihatkan pengguna untuk mengalih keluar token GALA masing-masing daripada liquidity pools atau kontrak pintar sebelum 15 Mei susulan aset digital itu tidak dapat dipulihkan apabila liquidity pool telah airdrop.

Sudah sedia maklum exchanger telah dihubungi untuk memudahkan peralihan tersebut, tetapi pasukan Gala mengesyorkan pengguna aset digital itu menyimpannya dalam wallet peribadi supaya airdrop terus dihantar kepada pemegang.

Dilaporkan, idea airdrop tersebut telah muncul selepas bintang Hollywood Danny Terjo, Mena Suvari dan Emilio Rivera dijemput dalam siri TV Web3 oleh Gala Film digelar “RZR” yang mempunyai lapan episod berlatarkan di Los Angeles.

Secara konteks, Gala Games adalah projek gaming Web3 terbesar yang berjaya melancarkan The Walking Dead: Empires and Spider Tanks dan ia punyai platform hiburan Web3 Gala Film.

Gala juga memeterai perjanjian bersama syarikat exchanger kripto Huobi untuk bantu penggunanya pada November 2022 yang menerima tempias apabila token GALA pada rantaian BNB menjunam drastik sebanyak 97%.

Suka dimaklumkan bahawa Gala dan Huobi berjanji akan mengagihkan $50 juta kepada para pemegang aset digital tersebut yang kehilangan wang berikutan insiden itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat