Betul ke Cara Anda Risikokan 2% Setiap Kali Trading?

18,854

Buka MT4 nampak ada setup Sell seperti yang di pelajari. Terus entry SELL, Volume 0.10 bersamaan $1.00 per pip. Seketika kemudian price naik. Floating -$5.00.

Jantung berdebar-debar. Kemudian price naik lagi, -$10.00…..mula berpeluh dalam kedinginan.

“Abang, makanan dah siap….makan dulu nanti sejuk.”

“Sayang makanlah dulu, Abang tengah trade ni. Nanti abang makan.”

Tak lama kemudian price mula turun. Dari -$10.00 sekarang menjadi -$5.00 dan kemudian mula profit, $2.00. Ok sekarang baru boleh makan. Terus ke meja makan tapi dalam kepala masih lagi fikir tentang position yang sedang running. Isteri cuba berbual sambil makan tapi sepatah ditanya sepatah dijawap. Cepat-cepat habiskan makanan dan terus ke komputer.

Aduh….sekarang -$20.00 pula. Buka beberapa Timeframe lain….dah betul entry. Macam mana ni dah 2% floating, kemudian price semakin naik -$30.00. Hati dah mula cemas sebab dah lebih dari risiko yang sepatutnya diambil. Teringat kata-kata cikgu supaya menjaga MM. Dengan berat hati terus cut loss supaya terjaga risiko.

Tidak lama kemudian price turun kembali, mula rasa kesal sebab dah cut loss tadi. Lagi teruk bila tengok price meluncur laju turun.

Pernah alami situasi seperti diatas? Kenapa ini terjadi?

Salah satu sebab ialah kerana tidak tahu dimana tempat yang betul untuk letak SL atau cut loss. Jadi entry tadi dibuat tanpa membuat pengiraan saiz lot yang sepatutnya dibuka.

Trader wajib tahu cara pengiraan saiz lot berdasarkan risiko yang hendak diambil supaya risiko adalah minima.

Money management

2% bermaksud 2/100 x capital. Jika modal USD50

2/100 x 1000 = USD20.00

Ramai yg keliru bila sebut jgn risiko lebih dr 2% per trade. Apa yg sesetengah trader faham ialah buka lot 2%.

Sebenarnya 2% risk per trade bermaksud jika kena SL kita loss 2% @ USD20.00 jika bermodalkan $1000

Untuk lot size formula adalah seperti berikut :-

Risk (USD) / jarak SL (pip)

Cth jarak SL ialah 40, maka nilai per pip ialah

$20/40 pip = 50 sen/pip

Jika acc standard, lot size ialah 0.05

Jadi semakin tggi nilai SL, semakin kecil lot size kita. Tapi kita tetap rugi USD yg sama iaitu USD20 @ 2% jika modal kita USD50.

Berapa % risk yg sepatutnya? Agak subjektif, bergantung kepada berapa trader sanggup rugi.

Tetapi secara dasarnya jangan risikokan lebih dari 2% per trade.

Trading is about probability, protect your capital.

Baca lebih banyak TIPS untuk berjaya dalam forex trading di sini- KLIK SINI. Ingat! Baca INTRADAY baru TRADE!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat