Betul Ke EUR/USD Nak U-Turn Buat Kenaikan Semula Minggu Ini?

555

Pergerakan US dolar pada minggu ini akan dipacu oleh sentimen ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada penutup dagangan minggu lalu.

Pasaran menilai ucapan Powell yang berhati-hati sebagai bernada dovish dan bakal menambahkan lagi tekanan kepada US dolar menuju mesyuarat FOMC Disember.

Menantikan petunjuk baru, tiada kejutan disampaikan oleh Powell di mana majoriti pasaran kekal melihat tiada kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan sementara pemotongan kadar dijangka bermula pada pertengahan 2024, atau seawal Mac.

Namun pada minggu lalu, US dolar telah berjaya paparkan sedikit pemulihan bermula selepas data pertumbuhan ekonomi suku ketiga diterbitkan pada Rabu.

Euro antara mata wang yang kembali menerima asakan semula apabila mencatatkan penyusutan nilai setelah sebelumnya mencapai paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya telah mencapai paras 1.10000 yang kemudiannya menjadi rintangan buat harga.

Harga kembali berundur turun sehingga ke penghujung minggu lalu mencecah sekitar 1.08300 sebelum melantun untuk menutup dagangan sesi terakhir pada 1.0800.

Penganalisis yang menjangkakan kecenderungan untuk penyusutan lanjut US dolar akan membuatkan pelabur bersedia untuk kenaikan semula harga, namun pergerakan harga pada carta EUR/USD yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih mengekalkan isyarat bearish.

Jika penurunan terus berlaku, harga berkemungkinan akan menuju ke zon tumpuan pada 1.08000 mengatasi paras minggu lalu.

Jika tembus lebih rendah, ini akan menjadi isyarat bearish buat harga dan berisiko untuk lanjutkan lagi penurunan ke bawah.

Sebaliknya, jika harga kembali melantun minggu ini, melepasi halangan MA50 akan mendorong harga menuju semula paras 1.10000 untuk menguji rintangan tersebut.

Menembusi paras ketinggian yang dicapai minggu lalu itu akan mencatatkan paras tertinggi terbaru dengan sasaran untuk mencapai pula paras tumpuan seterusnya pada 1.11000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat