Biar Betik! XRP Dijangka Meletup Sampai 600%?

1,140

“Adakah ramalannya akan jadi kenyataan atau angan-angan je?”

Penganalisis Crypto Dark Defender baru-baru ini bukan sahaja berkongsi kemas kini tentang prestasi Ripple (XRP) malah menyediakan ramalan harganya setelah beliau menjangkakan ia bakal menggunung tinggi.

Bagaimanapun, pertempuran undang-undang berterusan antara Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dan XRP telah menyebabkan para pelabur bimbang dengan masa depan aset digital itu.

Meskipun begitu, Dark Defender yang terkenal dengan cerapan dikongsinya di Twitter menjangkakan harga XRP akan melepasi $1.96 ataupun $3.82 susulan aset digital itu sejak kebelakangan ini telah menunjukkan perkembangan positif.

Dark Defender turut berkata bahawa XRP telah melanggar zon rintangan ketiganya, oleh itu harganya mampu sentuh $3.39 kemudian ke $22 ataupun lebih lagi sekiranya XRP berjaya tembus paras tersebut terlebih dahulu.

Selain beliau, seorang penganalisis lain juga meramalkan harga XRP berpotensi naik sehingga $3.50 jika kesnya bersama SEC temui kejayaan, $5 setelah aset digitalnya disenaraikan semula di Bursa AS, $7 untuk IPO XRP seterusnya berupaya capai $10 apabila buat perkongsian dengan bank.

Namun perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa faktor lain yang dapat mempengaruhi masa depan XRP, antaranya adalah tuntutan tindakan kelas terhadap XRP difailkan oleh kelas pelabur telah menimbulkan kebimbangan.

Umum mengetahui Summary Judgement yang dijangkakan akan berlangsung menjelang akhir tahun 2023 mampu beri impak besar terhadap masa depan XRP susulan bursa kripto mungkin menilai semula keputusannya untuk menyahsenarai aset digital itu.

Setakat penulisan ini, harga XRP tergelincir sebanyak 1.79% pada paras $0.45 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $24 bilion seterusnya turun 1.20% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat