Biar Betul! Elon Musk Ugut Mahu Jual Semua Pegangan Bitcoin?

10,772

Ketika komuniti Bitcoin (BTC) masih berduka dengan ciapan Twitter yang dimuatnaik Elon Musk tempoh hari, tular pula komen berkias pengasas Tesla itu yang berbaur ugutan.

CryptoWhale pada malam tadi berpandangan Tesla akan menjual kesemua pegangan Bitcoin kerana sentimen negatif yang diterima Musk dan tanpa disangka pengasas kenderaan elektrik itu tidak menyangkal sebaliknya mengiyakan – “Indeed”.

Ia bermula selepas Tesla memutuskan untuk menghentikan penggunaan Bitcoin sebagai medium pembayaran produk mereka kerana perlombongan token itu menjejaskan alam sekitar.

Ekoran daripada itu pasaran kripto bertukar kritikal pada 13 Mei, mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pelabur dan penganalisis sektor itu.

Tidak cukup dengan itu, figura itu turut melontarkan pandangannya berkaitan Bitcoin yang bersifat ‘sentralisasi’ – dikawal oleh majoriti firma perlombongan kripto selepas dikritik oleh PeterMcCormack kerana tindakannya dianggap mengundang ‘bala’ terhadap kedua-dua pihak baik Dogecoin (DOGE) dan Bitcoin.

Bagaimanapun sebagai ganti kepada Bitcoin, tidak mustahil jika Musk memilih DOGE berdasarkan beberapa koleksi tweets Musk sejak kebelakangan ini menunjukkan potensi matawang berasaskan shiba inu tampil sebagai pilihan Tesla dalam masa terdekat.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $45,101 dengan penyusutan lebih 23% dalam seminggu manakala DOGE mencatatkan nilai $0.49, susut hampir 8% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat