Biar Betul Kes Jangkitan Covid-19 Berkurang Kepada Sifar Dalam Tempoh 6 Bulan?

2,842

Perkembangan vaksin Covid-19 yang terbaru telah meningkatkan prospek ekonomi A.S dengan ahli ekonomi di UBS meramalkan bacaan KDNK akan melonjak naik.

Pfizer dan BioNTech pada hari Isnin mengumumkan bahawa vaksin Covid-19 mereka memiliki keberkesanan lebih daripada 90% dalam mencegah pandemik Covid-19. Pengumuman tersebut telah mendorong harapan pasaran bahawa penularan pandemik tersebut akan berakhir lebih cepat daripada jangkaan.

UBS pada awalnya menjangkakan jumlah jangkitan Covid-19 di A.S akan menghampiri sifar pada akhir tahun 2021, namun dengan pengumuman baru-baru ini, bank tersebut meramalkan bahawa kes menghampiri sifar sewal 6 bulan dari sekarang.

Seth Carpenter, ketua ekonomi A.S. di UBS mengatakan bahawa kes Covid-19 akan mencapai angka menghampiri sifar pada suku kedua tahun hadapan. Beliau menambahkan bahawa berita vaksin “sangat menggembirakan” karena kadar keberkesanannya jauh lebih tinggi daripada yang diharapkan oleh para penganalisis.

Amerika Syarikat setakat ini telah mencatat lebih daripada 10 juta kes jangkitan Covid-19 sejak penularan wabak itu. Hal ini telah menimbulkan spekulasi adakah sekatan pergerakan akan dilaksanakan sekali lagi atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat