Biarpun ‘Dihenyak’ Konflik & Pengukuhan Ekonomi AS, Harga Emas Masih Kebal Di Atas $2,030

327

Emas masih lagi didagangkan kukuh pada paras sekitar $2,035 semasa sesi awal Asia pagi tadi. Sementara itu, Indeks Dolar (DXY) yang mengukur Dolar AS berbanding kumpulan mata wang utama dunia juga turut memulih dengan mencecah paras 104.149 pada pembukaan.

Perbendaharaan AS pula menghasilkan kelebihan lebih tinggi dengan hasil 10 tahun berada pada 4.16%.

Semalam, berlakunya penurunan dalam data Tuntutan Faedah Pengangguran AS menunjukkan bahawa ekonominya masih berdaya tahan serta meyakinkan Federal Reserve (Fed) untuk tidak melakukan pemotongan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh AS itu catat tuntutan 218,000 pada minggu lepas daripada 227,000 berbanding minggu sebelumnya. Ia melebihi konsensus pasaran iaitu sebanyak 220,000 dan laporan Tuntutan Berterusan jatuh sebanyak 23,000 kepada 1.891 juta pada pertengahan bulan lepas.

Pada awal pagi tadi, ucapan ahli FOMC iaitu Tom Barkin berkata bank pusat perlu bersabar dengan pelaksanaan pemotongan kadar faedah walaupun berlakunya ekonomi AS menunjukkan penurunan inflasi.

Selain itu, Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari pula percaya bahawa akan berlakunya dua atau tiga pemotongan kadar faedah sepanjang tahun ini.

Gabenor Fed, Adriana Kugler pula berkata bahawa penantian data ekonomi akan datang adalah penentu bagi mereka untuk mengembalikan sasaran 2% untuk bank pusat.

Buat masa sekarang, peserta pasaran lebih tertumpu pada ucapan pegawai Fed sepanjang minggu ini bagi mendapatkan petunjuk berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah pada 2024. Pemulihan ekonomi AS yang pesat akan terus membebankan harga emas dalam tempoh terdekat.

Pasaran juga dikejutkan dengan serangan tentera Israel di Rafah yang merupakan sempadan selatan yang menjadi tempat perlindungan bagi lebih separuh rakyat Gaza. Baru-baru ini juga, Perdana Menteri Israel, Netanyahu menolak cadangan untuk melakukan gencatan senjata terhadap Hamas.

Pada hujung minggu ini, tiada data-data penting yang memberi impak dalam pergerakan harga emas melainkan wujudnya sentimen berisiko tinggi yang mempengaruhi pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat