Biden Punya Angkara Rupanya Sebab Wall Street Berdarah!

526

Pasaran saham Amerika Syarikat terus melanjutkan penurunan pada hari Khamis ketika tumpuan pelabur terarah kepada terbitan data pekerjaan NFP AS.

Kemerosotan pada hasil perbendaharaan AS 10 tahun malangnya tidak memberi sebarang sokongan kepada saham untuk meningkat.

Laporan tuntutan pengangguran AS juga gagal memberi rangsangan walaupun bacaan yang meningkat lebih tinggi daripada jangkaan sedikit menggoyahkan keyakinan pelabur untuk Federal Reserve (Fed) bertindak agresif.

Sebaliknya, pelabur lebih menumpukan perhatian kepada data NFP yang akan dikeluarkan pada sesi New York hari ini.

Antara punca utama yang menjadi penyebab kepada penyusutan meluas dalam pasaran adalah cadangan Presiden AS Joe Biden untuk menggandakan cukai pembelian balik saham sebanyak 1%.

Belian balik adalah alat penting untuk mengembalikan modal kepada pelabur. Jika langkah ini dilaksanakan, ia akan berfungsi sebagai pemangkin penurunan harga jangka panjang untuk saham.

Dow Jones Industrial turun 543.54 mata atau 1.66% untuk ditutup pada 32,254.87. Sementara S&P 500 pula susut 1.85% dengan ditutup 3,918.33, manakala Nasdaq turun 1.8% kepada 11.995.88 pada sesi terdahulu. Indeks US30 pula tergelincir lebih jauh pada 32,025.60 pada sesi Asia.

Prestasi buruk dalam S&P 500 berpunca daripada junaman 57% saham Sillicon Valley Bank Financial Group. Nasdaq pula terkesan dengan penjualan meluas saham China JD.com dan Pinduoduo.

Dow Jones pula menuju ke paras terendah tahunan berikutan kemerosotan yang berterusan, menyaksikan JPMorgan Chase turun 5%. Intel pula satu-satunya saham yang catat untung ketara.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat