Biden Sedang Gali Perangkap Sendiri – Arab Saudi

543

Menteri Tenaga Arab Saudi, Abdulaziz bin Salman memberi amaran tentang tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan Rizab Petroleum Strategik (SPR) untuk mengekalkan kestabilan harga.

Ujarnya, pelepasan minyak daripada bekalan kecemasan mungkin boleh menimbulkan ‘kesakitan’ pada bulan-bulan akan datang.

Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas ketua Agensi Tenaga Antarabangsa berkata anggotanya mempunyai rizab minyak tersedia untuk menjalankan satu lagi pusingan pelepasan jika perlu.

Minggu lalu, Presiden AS Joe Biden telah mengumumkan penjualan tambahan 15 juta tong daripada SPR bagi mengelakkan harga meningkat selepas tindakan OPEC+ memotong pengeluarannya.

Minyak mentah didagangkan sedikit berubah pada sesi Eropah, melihatkan niaga hadapan minyak mentah Brent berlegar pada $91 setong manakala WTI Amerika Syarikat pada $84 setong.

Komoditi hitam itu pada mulanya terkesan dengan peningkatan tidak dijangka dalam inventori minyak mentah AS  sebanyak 4.5 juta tong pada minggu lepas yang dilaporkan Institut Petroleum Amerika (API).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat