Biden Tak Sempat Berucap Lagi, USD Dah Tersungkur

1,219

Dolar greenback berundur dari paras tertinggi empat bulan yang dicapainya pada sesi sebelum ini, ketika pelabur menantikan ucapan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengenai rancangan infrastruktur baru beliau pada hari ini.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar susut di sekitar harga 93.15 pada awal sesi Eropah. Penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun AS pula sedikit susut pada 1.73%.

Penurunan ini bagaimanapun mungkin disebabkan pengambilan untung oleh pelabur sebelum penutup sesi dagangan bagi bulan Mac.

Aliran akhir bulan dan suku mungkin hanya menimbulkan risiko jangka pendek untuk US dolar. Dengan saham AS mencecah paras tertinggi pada bulan Mac dan indeks dolar meningkat ke paras tertinggi 4 bulan, pengurus aset perlu menjual dolar untuk mengimbangi portfolio mereka.

Hari ini, 31 Mac juga merupakan akhir tahun fiskal di Jepun yang bermaksud akan ada pengambilan untung oleh pelabur Jepun.

Sementara itu, menurut kenyataan terbaru yang didedahkan seorang pegawai pentadbiran kepada CNBC, Biden dijangka akan melancarkan pakej infrasktruktur bernilai lebih $2 trilion yang merangkumi perbelanjaan selama 8 tahun.

Selain itu, beliau juga akan meningkatkan kadar cukai korporat kepada 28% daripada 21% untuk menanggung perbelanjaan kerajaan.

Peningkatan ini dijangka tidak akan memberi kesan ketara kepada pasaran saham memandangkan langkah ini juga bertujuan untuk meningkatkan semula ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat