Biden Tamatkan Status Darurat Covid-19 Di AS

256

Presiden Joe Biden secara rasmi menamatkan kecemasan kesihatan kebangsaan Covid-19 Amerika Syarikat pada hari Isnin setelah lebih tiga tahun ia dilaksanakan.

Menurut White House, Biden menandatangani undang-undang tersebut secara tertutup, di mana ia sebelum ini telah diluluskan oleh Kongres.

Susulan penamatan ini, ia bermakna tiada lagi pembiayaan besar-besaran oleh kerajaan termasuk vaksin percuma dan bantuan rangsangan Covid lain untuk rakyat AS.

Pengisytiharan pandemik Covid-19 sebagai darurat diumumkan oleh bekas Presiden Donald Trump pada 13 Mac 2020.

Langkah untuk menamatkan darurat itu adalah sebulan lebih awal daripada yang dirancang oleh pentadbiran Biden, di mana ia sepatutnya ditamatkan pada 11 Mei bersama-sama kecemasan kesihatan awam Covid.

Pengundian untuk menamatkan darurat negara sebelum Mei menyebabkan pentadbiran terpaksa menghentikan beberapa program kecemasannya dengan lebih cepat.

Sementara itu, penamatan kecemasan kesihatan awam bulan depan dijangka memberi kesan yang lebih luas terhadap dasar seperti program imigresen era Trump yang dikenali sebagai Title 42.

Title 42, adalah peraturan yang mengenakan sekatan ketat terhadap penerimaan ketibaan tanpa dokumen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat