Biden Tampil Dengan Belanjawan Lagi Besar Buat AS!

464

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden akan melancarkan cadangan belanjawan baru bernilai $6 trilion untuk tahun fiskal 2022 pada hari Jumaat, lapor The New York Times.

Cadangan itu akan merangkumi pelaburan besar dalam infrastruktur, pendidikan dan penjagaan kesihatan, yang mana ia akan membawa tahap perbelanjaan persekutuan ke tahap yang paling tinggi sejak Perang Dunia ke-2.

Menurut dokumen yang diperoleh oleh Times, kerajaan persekutuan akan membelanjakan $6 trilion pada tahun fiskal 2022 dan perbelanjaan akan meningkat menjadi $8.2 trilion pada tahun 2031.

Rancangan itu juga menunjukkan Biden tidak berminat untuk menurunkan defisit, yang mana ia dijangka akan melebihi $1 trilion sehingga dekad berikutnya walaupun terdapat jangkaan pemulihan ekonomi.

Daripada mencari jalan untuk mengurangkan hutang yang berlanjutan, rancangan itu akan meningkatkan lagi beban hutang negara kepada 117% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), melebihi rekod Perang Dunia ke-2 pada tahun 2024.

Belanjawan yang diusulkan oleh White House adalah tawaran pembukaan Presiden kepada Kongres dalam perundingan mengenai perbelanjaan persekutuan dan dijangka akan berubah sebelum masuk ke dalam undang-undang.

Usul tersebut dijangka akan menawarkan lebih banyak perincian mengenai rancangan Biden, termasuk kemungkinan kenaikan perbelanjaan di Medicaid dan program sosial lain. Ia juga akan mengeluarkan dana yang dicadangkan untuk bantuan asing, imigrasi, polis dan pertahanan negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat