Biden Tandatangani Perintah Eksekutif Sekat Pro-Rusia

1,386

Amerika Syarikat mengumumkan sekatan terbaharu ke atas Rusia sebagai tindak balas kepada keputusan Presiden Vladimir Putin untuk mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine pada Isnin.

Sekatan tersebut yang merangkumi larangan pelaburan, perdagangan dan pembiayaan baharu oleh rakyat AS ke atas wilayah Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Luhansk (LPR) telah ditandangani oleh Presiden Joe Biden.

Menurut setiausaha akhbar White House, Jen Psaki mengatakan bahawa sekatan ini adalah berasingan daripada langkah-langkah tambahan yang akan diambil oleh Amerika dan rakan sekutu lain sekiranya Rusia terus menyerang Ukraine.

Keputusan Putin untuk mengiktiraf kawasan di Donbas sebagai entiti bebas yang dibuat pada Isnin telah mencetuskan kebimbangan bahawa ketegangan Rusia dan Ukraine akan meningkat.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Biden menyifatkan kenyataan Putin sebagai ‘ucapan kepada rakyat Rusia mengenai kemungkinan perang akan berlaku’.

Pegawai itu juga berkata bahawa AS dan sekutunya akan terus memantau tindakan Rusia di rantau itu serta bertindak balas sewajarnya jika terdapat serangan terhadap Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat