Bila Bitcoin Nak Tembus Zon $19,000-$20,000? Ini Ramalan Pakar

1,627

Mata wang kripto terbesar, Bitcoin (BTC) menunjukkan momentum pergerakan harga lemah susulan keadaan makroekonomi yang tidak menggalakkan serta ketidakstabilan kewangan global.

Jika diperhatikan, BTC masih berlegar-legar pada zon harga $19,000 ke $20,000 dan menyusut sebanyak 0.5% dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Florian Grummes, pengarah urusan Midas Touch Consulting menyatakan bahawa aset digital tersebut bakal menguji zon harga pada $10,000 sejurus selepas memecahkan paras sokongan $18,000.

Tambahnya lagi, pasaran kripto yang kini berada dalam keadaan tegang berkemungkinan membuatkan BTC menjunam sehingga paras harga $6,000.

Namun aset digital itu akan mencapai paras tertinggi baharu sebaik sahaja ia mencapai paras harga paling bawah.

Difahamkan Grummes sentiasa membuat ramalan tepat dalam pelbagai situasi, misalnya meramalkan krisis kacairan kewangan 2022 dan komoditi emas akan mengatasi pasaran kripto serta saham.

Sementara itu, beliau yakin bahawa dolar AS akan menjadi pelaburan terbaik ekoran tindakan Federal Reserve (Fed) membuat pengetatan kuantitatif bagi mengekang lonjakan inflasi.

Grummes juga menyebut bahawa musim kejatuhan pasaran kripto selalunya akan tamat dalam tempoh 24 hingga 27 bulan.

Oleh demikian, harga BTC dijangka akan mendaki tinggi pada sekitar Mei 2024 tetapi pemulihan harga BTC dan Ethereum (ETH) akan berlaku dengan pantas yang berkemungkinan boleh disokong oleh faktor peraturan yang jelas buat mata wang kripto gergasi itu.

Walaupun begitu, peningkatan harga BTC tidak akan berlaku jika kerajaan menolak pelaksanaan mata wang digital bank pusat (CBDC) ekoran kerajaan pusat tidak berhasrat untuk melihat kejayaan BTC yang berkemungkinan boleh menjejaskan sistem kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat