Bilakah Kemelesetan Ekonomi Seterusnya Berlaku? Dua Tahun Lagi 60% -JPMorgan

876

Ekonomi Amerika Syarikat berpotensi jatuh ke lembah kemelesetan dalam tempoh dua tahun lagi, menurut JPMorgan Chase & Co. Kebarangkalian kemelesetan itu terjadi adalah 50-50.

Dalam masa yang sama kajian mereka juga menunjukkan kebarangkalian untuk kemelesetan ekonomi terjadi setahun lagi adalah pada kadar 28% dan menjadi 60% untuk tempoh dua tahun lagi. Potensi kemelesetan itu terjadi dalam tempoh tiga tahun akan datang pula adalah pada kadar 80%!

Model kajian yang digunakan oleh JPMorgan termasuklah petunjuk data daripada pengguna dan sentimen perniagaan sehingga penyertaan buruh dalam pasaran, pertumbuhan pencen dan juga pertumbuhan ekonomi.

Petunjuk hasil dari kajian JPMorgan lebih pesimistik berbanding pengiraan kemelesetan oleh Federal Reserve cawangan New York yang menunjukkan 14.5% kebarangkalian berlakunya kemelesetan dalam tempoh satu tahun akan datang. -Bloomberg

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat