Bilaxy Exchange Mangsa Terbaru, Anggaran RM1.8 Bilion Aset Kripto Dicuri!

860

Belum pun tamat Ogos, komuniti kripto digemparkan lagi dengan insiden penggodaman, kali ini melibatkan Bilaxy Exchange.

Kejadian tersebut tanpa disangka berlaku dua hari selepas penyelenggaraan sementara Bilaxy pada Jumaat, 27 Ogos.

Penggodaman bursa itu dikenalpasti pada awal pagi semalam, berdasarkan mesej di akaun Telegram rasmi dan twit yang dimuatnaik oleh Bilaxy Exchange.

Susulan daripada itu, pihak mereka meminta pengguna untuk tidak membuat sebarang deposit selagi isu tersebut tidak diselesaikan.

Jumlah yang dirampas penggodam gagal dikenalpasti dan pihak Bilaxy sendiri tidak memberi kenyataan rasmi. Namun pada awal pagi tadi waktu tempatan, Bilaxy Exchange mendedahkan sekitar 295 token ERC20 telah dipindahkan ke alamat wallet penggodam.

Segelintir pihak meramalkan nilai kecurian mencecah sekitar $450 juta (lebih RM1.8 bilion) dalam pelbagai matawang kripto. Misalnya, HogeFinance memaklumkan sejumlah besar token HOGE bernilai kurang $22 juta yang tersimpan di Bilaxy telah didapati berpindah ke wallet lain.

Ketika penulisan, Bilaxy Exchange masih gagal diakses.

Insiden ini telah mengundang kritikan dalam kalangan pengguna yang meminta untuk pembangun bursa mengenakan sekuriti yang lebih ketat dan terjamin.

Malah ada juga pihak yang turut menunding jari kepada Bilaxy ekoran daripada penyusutan beberapa harga matawang kripto – seperti Bitcoin yang susut 0.11%, didagangkan pada $48,063 ketika artikel ini ditulis.

Penggodaman kali ini mungkin kali ke dua selepas kejadian Crypto Heist Di Poly. Ia disusuli dengan cubaan kecurian $350 juta di SushiSwap yang berakhir dengan kegagalan, dan bursa berpusat kripto Jepun, Liquid yang terpaksa berputih mata apabila sebanyak $97 juta aset kripto dicuri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat