Bill Gates Tepuk Dahi Dikaitkan Dengan Konspirasi COVID-19 Lagi

428

Entah dari mana timbulnya isu teori konspirasi kali ini, pengasas Microsoft Bill Gates menyangkal dakwaan beliau menggunakan vaksin koronavirus untuk memasukkan alat pengesan pada manusia.

Bermula dari tinjauan yang dijalankan Yahoo News/YouGov, membawa keputusan 28% masyarakat Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa Gates merancang untuk mengimplan mikrocip dalam ribuan manusia dan pantau pergerakan mereka.

Gates akui bahawa dia tidak pasti bagaimana idea tersebut boleh muncul. Sebelum ini, beliau dituduh menjadi dalang sebenar di sebalik COVID-19.

Hakikatnya, pertubuhannya iaitu Bill & Melinda Gates Foundation telah berhempas pulas membantu pihak saintis dan perubatan dalam usaha mencipta vaksin COVID-19 dengan harapan wabak ini menemui pengakhirannya.

Februari lalu, pertubuhan Gates telah menyumbang kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak $100 juta dalam usaha penyelidikan vaksin dan rawatan koronavirus.

Manakala pada Jun pula, pihak mereka menyalurkan dana tambahan berjumlah $1.6 bilion kepada pakatan vaksin, Gavi, sebuah pertubuhan yang menfokuskan kepada mengimunisasi kanak-kanak dalam kegawatan pandemik.

Bercakap mengenai vaksin, Gates menjelaskan kemungkinan vaksin yang terpilih memerlukan dua dos berbanding satu, menjelaskan jumlah vaksin yang dihasilkan mungkin terhad.

Sehingga kini dilaporkan lebih dari 100 vaksin masih dalam kajian dan 23 vaksin sudah diuji ke atas manusia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat