Benarkah Bill Gates Dalang Sebenar Di Sebalik COVID-19?

3,725

Wabak pandemik Covid-19 telah menimbulkan pelbagai spekulasi sejak muncul di Wuhan pada akhir 2019. Bermula dengan dakwaan coronavirus tersebar kerana kegagalan China dalam mengawal wabak penyakit sehinggalah yang terbaharu, Bill Gates merupakan dalang kepada wabak pandemik ini.

Persoalannya, adakah benar Gates bertindak demikian? Jika ya, mengapa beliau memilih cara tersebut dan apa yang beliau dapat dengan mencipta virus tersebut hingga membunuh hampir 3 juta masyarakat dunia?

Alex Jones, pakar teori konspirasi meluahkan pendapatnya tentang Bill & Melinda Gates Foundation sebagai punca kepada wabak Covid19 sehingga menjadi pandemik.

Pengacara Fox News, Laura Ingraham turut bersetuju dengan dakwaan tersebut dengan mengaitkan teknologi yang dirangka Gates bertujuan untuk mengawasi pergerakan penduduk Amerika. Malah, ada juga dakwaan mengenai Gates sebagai penyokong utama terhadap eksperimen ke atas kelawar yang dijalankan oleh Akademi Sains China di makmal Wuhan.

Perkara tersebut dikaitkan pula dengan ramalan dan amaran Gates terhadap wabak penyakit berbahaya sejak 10 tahun yang lalu bermula dengan kenyataannya di dalam blog, temu bual Ted Talk pada 2015 dan Persidangan Keselamatan Munich pada 2017.

Menjadi kehairanan juga beliau dapat menjangkakan situasi ini lebih awal dan telah membuat persiapan untuk menghadapinya.

Terkini, beliau mendakwa vaksin Covid-19 tidak akan ditemui sehingga September 2021 dan ekonomi Amerika Syarikat akan merundum sehingga akhir Mei tahun ini.

Dr. Anthony Fauci, pakar perubatan yang dipercayai Amerika untuk menangani wabak Covid-19 turut dikaitkan dengan Gates melalui catatan salah seorang pengguna Facebook,

Saya tertanya mengapa Fauci bertindak pantas dengan mengarahkan perintah kawalan pergerakan sehingga menyebabkan kemerosotan ekonomi Trump di seluruh negara, kenapa beliau mahu kekalkan perintah itu selama berbulan-bulan, kenapa beliau menolak penggunaan ubat yang para doktor sudah mengesahkan keberkesanannya..

Fauci dikatakan rapat dengan Gates memandangkan yayasan Gates merupakan penyumbang utama kepada pertubuhannya, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara. Beliau bertanggungjawab dalam memberi pandangan kepada Presiden Trump untuk mengeluarkan perintah kawalan pergerakan sekaligus menutup ekonomi A.S.

Namun terdapat keraguan bagi kenyataan mengenai konspirasi Gates dan Fauci. Dakwaan Fauci menolak hydroxychloroquine sebagai rawatan Covid-19 adalah kerana ubat itu juga membawa kepada masalah jantung dan perintah kawalan pergerakan adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian Covid19.

Jika benar Gates berniat untuk melumpuhkan institusi dunia, mengapa pula beliau mempersoalkan tindakan Trump yang menyekat dana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga tidak akan meluahkan rasa penghargaannya kepada barisan unit kesihatan dalam merawat pesakit Covid19.

Mungkin, ramalan Gates mengenai wabak penyakit menjadi realiti adalah kerana pandangannya terhadap pihak bertanggungjawab yang tidak mengambil iktibar daripada wabak lepas.

Namun, tiada siapa tahu cerita sebenarnya. Boleh jadi juga tindakan Gates itu sekadar mahu mengaburi konspirasinya yang diusahakan sekian lama.

Persoalannya, adakah benar Bill Gates dalang yang sebenar tercetusnya penularan wabak virus pembunuh yang sedang menyerang dunia?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat