Binance Derma $5 Juta Kepada Pengguna Turki Melalui Airdrops BNB!

76

“Nasib baik Binance ada sumbang sikit, boleh la ringankan beban mangsa gempa bumi di Turki.”

Susulan gempa bumi dahsyat melanda di Turki, syarikat exchanger mata wang kripto Binance menyumbang Binance Coin (BNB) melalui airdrops bernilai $100 kepada penggunanya yang menerima tempias disebabkan bencana tersebut.

Namun, Binance telah memilih pengguna paling layak untuk menerima sumbangan itu melalui Proof of Address (POA) di sepuluh bandar yang terjejas, antaranya Adana, Adıyaman, Diyarbakır, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaraş, Kilis, Malatya, Şanlıurfa dan Osmaniye.

Sungguhpun kaedah POA mungkin tidak tepat, Binance masih menganggapnya sebagai pilihan terbaik dengan anggaran jumlah pendermaan yang diberikan oleh syarikatnya adalah sekitar $5 juta.

Sementara Binance Charity turut menyediakan address khas yang mendorong pelbagai pihak untuk menderma melalui pelbagai aset digital seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Binance USD (BUSD) termasuk BNB.

Bantuan kewangan bersandarkan kripto kepada mangsa bencana didapati lebih efektif susulan pemindahan derma semasa keadaan kecemasan akan lebih pantas, telus dan tidak terhad.

Hal ini kerana kebanyakan individu sering menghadapi rintangan untuk mengakses perkhidmatan perbankan tradisional apabila berlaku sebarang bencana alam.

Suka dimaklumkan bahawa kripto semakin dikenali dan diminati ramai susulan aset digital kerap digunakan untuk memberi bantuan kepada negara yang terjejas disebabkan peperangan ataupun lain-lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat