Binance Kolaborasi Bersama Pasaraya Ukraine Untuk Terima Pembayaran Kripto Melalui Pay Wallet!

101

Platform pertukaran kripto terbesar di dunia, Binance berjaya bekerjasama dengan rangkaian pasaraya Ukraine, VARUS dalam membolehkan pembayaran mata wang kripto untuk pembelian barangan runcit melalui Binance Pay Wallet.

Difahamkan, pasaraya tersebut merupakan syarikat terbesar di Ukraine yang mempunyai 111 kedai di 28 bandar Ukraine.

Menurut pasaraya VARUS, perkongsian ini membenarkan pelanggannya mengakses pembayaran mata wang kripto dan penghantaran pantas di 9 bandar Ukraine, iaitu Kyiv, Dnipro, Kamianske, Kryvyi Rih, Zaporiszhzhia, Brovary, Nikapol,Vyshhorod dan Pavlograd.

Malah, pelanggan yang memesan barangan daripada program VARUS Delivery bernilai lebih UAH 500 dengan membuat pembayaran menggunakan Binance Pay akan diberi ganjaran UAH 100.

Sebulan lalu, sebuah syarikat pembayaran POS dan kripto Ukraine yang digelar Whitepay telah melancarkan program baharu yang membolehkan rakyat Ukraine membeli barangan elektronik dan produk lain dengan mata wang kripto.

Secara konteks, sesebuah negara boleh menjadi hab Web3 jika rakyatnya berminat mendalami teknologi ini serta membuat sumbangan besar kepada pembangunannya.

Justifikasinya, negara Ukraine berpotensi menjadi hab Web3 seterusnya kerana mempunyai keupayaan dan keazaman untuk mengembangkan lagi sektor tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat