Binance Tidak Gentar, Bangkit Dengan Pelancaran 3 Lagi Firma di Ireland!

467

Bursa kripto terbesar dunia, Binance dilaporkan telah mendaftar tiga firma terbaru di Ireland walaupun berhadapan dengan tekanan perundangan seluruh dunia.

Binance (APAC) Holdings, Binance (Services) Holdings, dan Binance Technologies telah ditubuhkan secara rasmi di negara tersebut pada 27 September selepas CEO Binance, Changpeng Zhao menandatangani dokumen pendaftaran bagi ketiga-tiga firma itu pada 10 dan 13 September 2021.

Tindakan berani daripada Binance berlaku ketika pertukaran ini dicengkam oleh badan penyeliaan daripada Australia, Amerika Syarikat (AS), dan United Kingdom (UK).

Ketiga-tiga firma ini berdaftar sebagai pejabat perakaunan dan dibangunkan bagi pihak Binance oleh firma perundangan Mason Hayes & Curran.

Sebelum ini Binance (Ireland) Holdings dibangunkan mengikut alamat tempat tinggal Zhao di Malta. Namun, penyelia kewangan Malta menjelaskan Binance tidak berada di bawah pemantauan walaupun sudah ditubuhkan sejak 2018.

Kemudian pada 24 September, bank pusat China mengumumkan sekatan terhadap perkhidmatan berkaitan matawang kripto yang disediakan oleh pertukaran antarabangsa seperti Binance.

Tidak cukup dengan itu, Binance juga berhadapan dengan pantauan daripada badan penyeliaan Singapura hingga menyebabkan mereka menghadkan penawaran produk di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat