Bitcoin $68,000! Sejengkal Lagi Nak Pecah All-Time High 2021!

437

“Terbaiklah BTC! Tahun 2024 ini mungkin akan jadi sejarah baru untuk kripto.”

Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) sedikit lagi ingin memecah paras tertinggi sepanjang masanya apabila harganya berjaya menggunung sehingga $68,663 didorong oleh aliran masuk spot BTC ETF, acara halving ditambah pula minat para pelabur dalam aset digital semakin meningkat.

Rentetan itu, sentimen pelabur bertukar pada ketamakan melampau seperti diukur oleh indeks Crypto Fear & Greed di mana tahap ketamakan pada 3 Mac 2024 adalah tertinggi pernah dilihat sejak 8 November 2021.

Memang tidak dinafikan terdapat banyak masalah makroekonomi tercetus, tetapi harga dan open interest BTC terus meningkat dan perlu diketahui BTCsecara rasmi menetapkan paras tertinggi baharu sepanjang masa berbanding euro pada 4 Mac 2024.

Menerusi pemerhatian, jumlah dagangan pelaburan BTC bagi minggu sebelum 4 Mac 2024 capai rekod lebih $30 bilion manakala jumlah dagangan besar diteruskan pada 4 Mac dengan 19.6 juta saham spot BTC ETF BlackRock didagangkan dalam sejam pertama pembukaan pasaran.

Suka dimaklumkan pelabur institusi juga mendorong $7.6 bilion ke dalam kripto pada masa ini susulan lebih $1.8 bilion telah mengalir ke dalam produk pelaburan aset digital oleh pelabur institusi pada minggu lalu.

Daripada $7.6 bilion yang dimasukkan ke dalam dana kripto pada 2024, lebih $7.3 bilion mengalir ke BTC secara khusus di mana jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) untuk BTC telah mengecilkan aset digital lain dengan $62.71 bilion digunakan pada masa ini.

Bukan itu sahaja, bilangan wallet BTC yang memegang jumlah bukan sifar BTC kekal melebihi 51 juta untuk keseluruhan tahun 2024 sementara terdapat lebih banyak wallet BTC berbanding sebelum ini dan hampir semua address raih keuntungan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 7.47% pada paras $68,542 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan pendakian 25.17% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat