Bitcoin 70,000! Jumlah BTC Dibeli 4 Pengeluar Besar Didedahkan

1,182

“Banyak juga diaorang beli BTC, tapi tulah harganya pagi ni macam dah nak jatuh pula.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang menggunung sehingga $70,000 pada Jumaat lepas telah didorong oleh iShares BTC ETF BlackRock (IBIT), Fidelity (FBTC), Ark Invest (ARKB) dan Bitwise (BITB) yang membeli 56,954 BTC pada minggu ini.

Sejak diluluskan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), keempat-empat spot BTC ETF itu yang secara konsisten membeli sejumlah besar BTC setiap minggu telah menyumbang pada aliran pengumpulan berterusan dalam ruang kripto.

Selama sembilan minggu pula, empat produk utama BTC ETF berjaya mengumpul sejumlah besar BTC kira-kira 40,000 tetapi perlu diketahui jumlah pembeliannya menurun hanya pada minggu kelima dan ketujuh.

Pemain utama mencapai tahap pemerolehan tertingginya pada minggu kedua susulan mengumpul 68,000 BTC yang diperoleh daripada aktiviti mining dan pada 1 Mac 2024, ETF BTC mengalami aliran keluar bersih $140 juta.

Suka dimaklumkan juga BlackRock telah mengumpul lebih 31,000 BTC pada minggu lalu dengan diikuti rapat oleh Fidelity Investments yang beli 19,960 BTC sementara dua yang lain pula berjaya beli 5,400 BTC.

Secara keseluruhannya, prestasi keempat-empat spot BTC ETF tersebut dicerminkan dalam tindakan harga aset pendasar pada minggu lepas apabila BTC mencatatkan dua paras tertinggi sepanjang masa yang sangat mengejutkan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang didagangkan pada paras $68,061 telah menjunam sedikit 1.84% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi tetap mencatatkan lonjakan 6.72% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat