Bitcoin Akan Naik 500% Lagi Dari Harga Semasa – Penganalisis

407

Ronnie Moas adalah antara penganalisis yang meramalkan kenaikan Bitcoin tahun depan. Beliau yang juga pengasas Standpoint Research pada Ogos lalu meramalkan kenaikan Bitcoin kepada $20,000 dalam jangka masa tiga tahun.

Namun, ternyata beliau silap kerana Bitcoin baru sahaja mencapai paras melebihi $20,000 pada Ahad selepas lebih kurang empat bulan beliau meramalkan harga tersebut.

Selepas tersebarnya berita bahawa penyedia pasaran niaga-hadapan (futures), Moas mengubah ramalan beliau dan meletakkan harga $20,000 itu akan dicapai pada 2018.

Namun, apa yang berlaku ia dicapai lebih awal sebelum pengenalan niaga-hadapan (futures) di CME Group.

Bercakap kepada CNBC menjelang pembukaan futures Bitcoin di CME, Moas percaya Bitcoin akan membuat kenaikan 500% tahun depan.

“Bitcoin telah naik 500% selepas saya meramalkan kenaikannya pada awal Julai, dan saya jangka 500% kenaikan lagi tahun depan. Bitcoin akan mencapai $300,000 sehingga $400,000 dan ia akan menjadi matawang paling bernilai di dunia.”

Antara penyebab kenaikan ini adalah hakikat bahawa Bitcoin mempunyai penawaran yang tetap iaitu 21 juta koin.

“Saya tidak tahu berapa jauh emas boleh pergi, tetapi saya tahu berapa jauh Bitcoin boleh pergi dan dalam jangka masa dua tahun akan terdapat 300 juta orang yang cuba berebut mendapatkan Bitcoin yang hanya ada 21 juta.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat