Bitcoin Bakal Gantikan Emas Sebelum Hampiri 2031! – Michael Saylor

730

“Terbaiklah Michael Saylor ni positif betul dekat BTC, tak pernah satu kali fikir negatif.”

Seorang penyokong tegar mata wang kripto Bitcoin (BTC), Michael Saylor yang merupakan co-founder dan pengerusi eksekutif syarikat MicroStrategy berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berpandangan aset digital tersebut bakal menjadi aset simpanan global menjelang 2031.

Menurut Saylor lagi bahawa ucapan positif daripada Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi AS (CFTC) serta Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mampu mendorong kebanyakan syarikat untuk menerima BTC.

Jika diperhatikan sebelum ini, syarikat BlackRock dan Fidelity tidak yakin dengan BTC namun setelah sekian lama mereka akhirnya mula mempercayai potensi aset digital itu pada masa hadapan.

Antara punca lain yang akan menjadikan BTC sebagai aset simpanan global adalah Lightning Network yang merupakan lapisan-2 dibina pada protokol BTC untuk wujudkan transaksi lebih pantas dan murah.

Rentetan itu, MicroStrategy rancang bangunkan aplikasi dikuasakan oleh Lightning Network seperti Lightning Wallets yang boleh mencapai berjuta-juta pengguna termasuk wujudkan permintaan besar BTC.

Selain daripada Lightning Networks, faktor utama yang akan membantu BTC muncul sebagai aset simpanan global ialah melalui keadaan makroekonomi serta kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserves (Fed) AS, ulas Saylor.

Tambahnya lagi, pasaran kripto akan pulih semula jika inflasi meningkat berikutan Fed bertindak perlahankan kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat