Bitcoin (BTC) Catat Aliran Masuk Tertinggi, Papar Isyarat Yang Positif!

501

Bitcoin (BTC) akhirnya menyaksikan aliran masuk intitusi yang memberangsangkan pada minggu lepas dengan rekod sebanyak $59 juta setelah 8 minggu berturut-turut mencatatkan isyarat yang kurang memuaskan.

Secara tidak langsung, ini membuktikan sentimen positif pelabur terhadap matawang Satoshi Nakamoto telah kembali. Adakah ini merupakan hint untuk BTC mencapai $100,000?

Berdasarkan pemerhatian CoinShares, produk pelaburan aset digital mencatatkan aliran masuk berturut-turut selama tiga minggu, dengan rekod pada minggu lepas bernilai $98 juta.

Manakala jumlah aset digital di bawah pengurusan (AUM) bagi keseluruhan penyedia dana aset digital pada minggu lepas mencatatkan peningkatan sehingga $62.5 bilion, daripada $56.9 bilion pada minggu sebelumnya.

Dikatakan pasaran altcoins, turut merangkumi Ethereum (ETH) mewakili 35% daripada jumlah keseluruhan AUM.

Buat masa sekarang, Bitcoin masih mendahului kadar aliran masuk tertinggi dengan nilai $58.9 juta, disusuli dengan Ethereum (ETH) dan Solana (SOL), masing-masing mencatatkan aliran masuk institusi berjumlah $14.4 juta dan $13.2 juta.

Ketika penulisan, Solana masih kekalkan momentumnya terutama untuk rekod AUM meningkat kepada $44 juta pada minggu lepas, meningkat lebih dua kali ganda daripada $15 juta minggu sebelumnya.

Baru sebentar tadi SOL mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH) di paras $194.11, menjadikan lonjakan SOL lebih 38,000% sejak rekod terendah sepanjang masa (ATL) pada Mei 2020.

Sementara itu aset lain seperti Cardano (ADA) mencatatkan aliran masuk bernilai $6.5 juta, Polkadot (DOT) (2.5 juta) dan XRP ($1.2 juta).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat