Bitcoin Pamer Rentak Positif, Bakal Capai $100,000?

1,176

Bitcoin mempamerkan rentak permulaan yang positif pada sesi dagangan bulan September, sekali lagi aset kripto utama itu melonjak lebih tinggi daripada minggu sebelumnya.

Matawang kripto terbesar itu telah menembusi paras rintangan $51,000 catatkan paras tertinggi terbaru $52,780 menghasilkan 13% lonjakan mengakhiri sesi dagangan semalam.

Beberapa sentimen terbaru telah menyokong kuat nilaian harga Bitcoin secara positif, antaranya adalah El Savador secara rasmi guna dan beli Bitcoin.

Manakala, pakar strategi bloomberg ‘Mike McGlone’ meramalkan akhir tahun ni Bitcoin bakal mencapai paras $100,000 dan Ethereum mencapai $5,000.

Dengarkan sedikit sebanyak ulasan dari Bro Trader mengenai haluan Bitcoin seterusnya.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.

Pergerakan harga BTC terus menyaksikan lonjakan yang drastik sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelabur.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga BTC dilihat sedang dalam keadaan bullish dan berjaya menembusi paras rintangan $51,000 yang mungkin merupakan penentu untuk BTC melonjak lebih tinggi.

Lonjakan yang agresif kemungkinan bakal berlaku jika BTC berjaya menembusi paras resistance $55,000 dan tidak mustahil BTC bakal menguji kembali ATH sebelum ini.

Namun jika pergerakan harga kembali dengan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali paras RBS (resistance become support) $51,000 sebelum membuat penurunan ke paras lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Ketika penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $52,580 melonjak lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat