Bitcoin (BTC) Kembali Tenang Tapi COMP, APE & SHIB Terbang Tinggi!

655

Pasaran kripto kembali tenang pada pagi ini selepas menyaksikan ketidaktentuan harga semalam.

Pelbagai faktor boleh diambil kira dalam meneliti pergerakan harga kripto, termasuk: ketidaktentuan geopolitik dan makroekonomi, peperangan antara Rusia dan Ukraine, kenaikan kadar faedah, inflasi, pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Disebabkan tekanan tersebut, para pelabur mengelak daripada sebarang potensi risiko dan ia jelas dilihat pada separuh pertama April apabila harga Bitcoin (BTC) mencatatkan penurunan.

Corak yang sama boleh dikenalpasti untuk Februari dan Mac.

Nilai seunit BTC pada hari ini turut memberi kesan kepada beberapa altcoin, tetapi tidak Shiba Inu (SHIB), Compound (COMP), dan ApeCoin (APE).

Robinhood ‘Sauk’ SHIB, COMP

Platform perdagangan Robinhood telah menyenaraikan empat koin kripto baharu – SHIB, COMP, Solana (SOL), dan Polygon (MATIC).

Susulan daripada itu, SHIB melonjak lebih 36% dari paras terendah harian, $0.00002614 kepada paras tertinggi harian, $0.00003000. Manakala COMP mencatatkan peningkatan harga cuma lebih 14%, dari paras $117 kepada $133.5.

MATIC dan SOL masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 11.22% dan 11.24% sebelum menyentuh paras tertinggi harian pada $1.75 dan $109.36.

APE & Trilogi Bored Ape Yacht Club (BAYC)

Coinbase telah mengumumkan penghasilan filem pendek dan NFT BAYC akan membintangi trilogi tersebut.

Difahamkan setiap pemilik BAYC berpeluang untuk mengemukakan koleksi mereka untuk diuji bakat.

Jika berkelayakan, pemilik akan menerima sejumlah besar ganjaran dalam unit APE atau BTC.

Pada masa yang sama, lonjakan harga APE juga didorong oleh utilitinya untuk keseluruhan ekosistem BAYC termasuk produk dan perkhidmatan dilancarkan nanti.

Tidak hairanlah jika permintaan BAYC semakin meningkat, harga lantainya turut meningkat dan harga APE juga semakin mahal.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $39,733, meningkat 0.10% dalam 24 jam tetapi telah susut lebih 12% dalam tempoh seminggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat