Bitcoin (BTC) ‘Merdeka’, Penganalisis Menyifatkan Ada Petanda Untuk Bullish?

1,195

Prestasi Bitcoin (BTC) yang positif sejak dua minggu lalu telah tamatkan kegusaran pelabur, sekaligus melenyapkan rekod kerugian sepanjang 2022.

Bermula pada 14 Mac, BTC mencatatkan lonjakan lebih 28% dalam dua minggu sahaja sebelum menyentuh paras harga $48,247 semalam.

Pada masa yang sama, BTC turut meningkat lebih 4% sepanjang tahun, begitu juga lonjakan hampir 5% aset ini untuk S&P 500.

Penganalisis Miller Tabak + Co., Matt Maley berpendapat akan berlaku bullish jika harga Bitcoin mampu bertahan di paras ini sebelum mencatat lebih banyak peningkatan.

Sementara itu presiden Bensignor Investment Strategies, Rick Bensignor percaya Bitcoin sedang ‘memanaskan enjin’ untuk meroket tinggi.

Rincian Impak Harga Bitcoin

  • Prestasi raja kripto ini merundum ketika Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa bank pusat bertindak menaikkan kadar faedah untuk menangani kesan pandemik COVID-19.
    • Keputusan ini menyebabkan kurangnya aliran tunai ke dalam aset berisiko, termasuk kripto.
  • Mata wang kripto menjadi pantauan ketat susulan daripada kebimbangan jika Rusia menggunakan aset ini untuk mengelak daripada sekatan ekonomi yang dilaksanakan.

Jika diperhatikan pada carta analisis Bitcoin, aset ini menguji paras $45,000 sebanyak lima kali sebelum mengukuh pada 27 Mac sehingga ke hari ini.

Indeks ketakutan dan ketamakan (fear & greed index) turut membawa petanda pelabur sedang dalam ketamakan dengan nilai 56, berubah daripada ketakutan dengan nilai 26 yang direkod pada minggu lepas.

Bagaimanapun ketika penulisan, seunit BTC didagangkan pada $47,494.08, susut 1.35% dari paras tertinggi harian semalam, tetapi masih kekal meningkat 1.5% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat