Checkmate! Rusia Umum Pembelian Minyak & Gas Guna Bitcoin (BTC)

20,667

Rusia bersedia untuk menerima pembayaran Bitcoin (BTC) untuk segala aktiviti berkaitan eksport minyak dan gas.

Untuk pengetahuan Rusia masih lagi berdepan dengan sekatan ekonomi atas keputusan Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara barat susulan daripada pencerobohan Ukraine bermula Februari 2022.

Pun begitu, menurut pengerusi jawatankuasa tenaga Duma, Pavel Zavalny, mereka masih boleh melaksanakan aktiviti perdagangan bergantung kepada pilihan kaedah pembayaran pembeli.

Misalnya China boleh menggunakan mata wang negara seperti ruble dan yuan, manakala Turki pula lira dan ruble.

Jika pembeli (pengimport) berminat untuk menggunakan BTC, Rusia tidak teragak-agak untuk menerimanya tanpa sebarang kondisi: “Boleh juga berdagang menggunakan bitcoin.”

Patutlah BTC mencatatkan lonjakan hampir 3% didagangkan pada $43,961 seunit ketika artikel ini ditulis. Ia masih rendah dari paras tertinggi harian, $44,381 yang direkod sebentar tadi.

Ini mengingatkan kepada kenyataan positif presiden Rusia, Vladimir Putin pada Oktober 2021: “Saya percaya ia memiliki nilai. Tetapi masih tidak stabil untuk dijadikan sebagai medium perdagangan minyak.”

Bagaimanapun, untuk pengimport yang tidak ‘sebulu’ dengan Rusia, Putin mendesak pembelian gas perlulah menggunakan ruble atau emas.

Namun baru sebentar tadi Amerika Syarikat dan G7 membuat keputusan untuk menyekat transaksi emas, menyebabkan harga logam ini melonjak tinggi.

Adakah ini bermakna platform-platform pertukaran kripto terkemuka seperti Binance, Coinbase, dan KuCoin akan berlumba-lumba membuat sekatan seperti yang digesa timbalan presiden Ukraine sebelum ini?

Nantikan pertempuran terbaru!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat