Maaf Ukraine! – Binance, KuCoin Tidak Setuju Untuk Sekat Pengaksesan Di Rusia

1,660

Platform pertukaran kripto terbesar dunia, Binance membuat keputusan untuk tidak menyekat pengguna Rusia seperti mana diminta timbalan presiden Ukraine semalam.

Dalam sebuah kenyataan rasmi, Mikhail Fedorov telah menggesa bursa kripto utama seluruh dunia untuk hentikan pengaksesan Rusia sebagai tanda penyatuan global dalam menentang keganasan yang berlaku di negara itu.

Tetapi permintaan itu nampaknya terpaksa ditolak Binance seperti yang dijelaskan oleh jurucakapnya:

“Kami tidak akan berat sebelah dengan menyekat akaun pengguna yang tiada kaitan dengan peperangan ini. Kehadiran kripto menawarkan kebebasan kewangan untuk seluruh dunia.”

Pun begitu, Binance bersetuju untuk patuh dengan arahan sekatan akaun pengguna tertentu, bukannya menyeluruh bagi setiap penduduk Rusia.

Pada masa yang sama, Binance telah pun membuat sumbangan rasmi bernilai $10 juta kepada Ukraine.

Satu lagi platform pertukaran kripto berpengaruh, Kraken dan KuCoin turut berpendapat sama enggan menyekat sembarangan akaun yang langsung tidak terlibat dengan peperangan dua negara itu.

Setakat ini Rusia masih menyerang Ukraine tetapi nampaknya kemaraan negara itu sudah agak terhad dengan sokongan kuasa besar seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Beberapa buah bank di Rusia juga dikhabarkan telah menjadi sasaran untuk digugurkan daripada SWIFT.

Apa itu SWIFT? Boleh intai artikel ini: Apa itu SWIFT? Dan Apa Kesan Sekatan SWIFT Terhadap Rusia?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat