Patutlah Logam Kuning Ini ‘Menggila’, Amerika Sekat Emas Rusia!

11,534

Emas kembali meneruskan kenaikan lebih tinggi menjelang hujung minggu susulan pengumuman Amerika Syarikat bersama G7 yang menyekat transaksi emas dengan Rusia.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan meningkat pada sekitar harga $1,963 per auns, sementara niaga hadapan emas pula stabil pada $1,964 per auns.

Terdahulu, Perbendaharaan AS telah mengeluarkan notis yang mengatakan bahawa sebarang transaksi emas yang melibatkan bank pusat Rusia tertakluk kepada sekatan sedia ada adalah dilarang.

Hal ini telah mendorong dagangan emas untuk melonjak tinggi, selain turut mendapat sokongan daripada kejatuhan US dolar.

Sementara itu, pelabur terus diganggu oleh ketidaktentuan yang dicetuskan oleh perang yang berterusan di Ukraine.

NATO mengatakan ia akan mengukuhkan pertahannya di Eropah Timur manakala Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky telah meminta lebih banyak tekanan ke atas Rusia.

Jangkaan sekatan yang lebih berat dari Amerika dan sekutunya bakal menyebabkan ekonomi global terjejas ditambah pula dengan tekanan harga yang tinggi.

Dalam prospek ini, emas mendapat dorongan sebagai lindung nilai kepada inflasi dan juga safe-haven.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat