Bitcoin Catat Peningkatan Harga 23% Sejak Minggu Lalu

219

Bitcoin (BTC) meraih keuntungan sebanyak 23% sejak Isnin lalu, mengakhiri minggu dagangan pada harga $23,500 lebih rendah dengan peratusan mingguan terbaik sejak April 2019.

Lonjakan berturut-turut membawa aset Satoshi Nakamoto mencatat rekod terbaru pada nilai $24,173 pada Ahad sebelum susut semula sekitar $23,000.

Ketika waktu dagangan dibuka pada hari ini, niaga hadapan CME Bitcoin dibuka pada $23,600, lebih 3% tinggi berbanding penutupan pada Jumaat.

Untuk pengetahuan, tekanan pembelian aset pada hari minggu menyebabkan niaga hadapan CME Bitcoin dibuka tinggi berbanding harga pada penutupan Jumaat sejak 12 minggu lalu.

Sedia maklum, pergerakan positif Bitcoin didorong oleh pelabur institusi semakin menunjukkan minat dalam pelaburan kripto.

Ketua strategi ekuiti di firma pelaburan Jefferies, Christopher Wood mendedahkan telah mengurangkan sebanyak 5% pelaburannya dalam emas dan mengalihkan kepada Bitcoin.

Selain itu, ketua pegawai pelaburan Guggenheim Partners, Scott Minerd memberitahu bahawa ada kemungkinan besar Bitcoin akan mencecah $400,000.

Sementara itu, Goldman Sachs pada Jumaat akan mengetuai penawaran awam (IPO) Coinbase sehari selepas firma itu menfailkan kertas kerja undang-undang dengan Securities and Exchange Commission (SEC).

Setakat ini, matawang kripto utama ini telah meraih lonjakan sebanyak 226% dan ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $23,933.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat