Bitcoin Diramal Tembus $30,000 Pada Bulan Depan?

1,358

Michaël van de Poppe, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma perdagangan Eight meramalkan bahawa raja segala mata wang kripto, Bitcoin (BTC) bakal mendaki menembusi zon harga $30,000 pada bulan hadapan!

Beliau turut menyatakan bahawa kebanyakan penganalisis juga menjangkakan BTC akan menggunung tinggi dalam masa terdekat dengan  pergerakan harga pada carta BTC/USD tidak menunjukkan keadaan volatile yang ketara.

Malah, para pelabur lebih berminat dengan proses lonjakan harga BTC berbanding penyusutannya apabila BTC/USD dijangkakan akan membuat peningkatan sebanyak 35% pada tempoh terdekat ini.

Sementara itu, pakar popular ll Capo of Crypto turut meramalkan sejak beberapa bulan dahulu bahawa aset digital tersebut akan melepasi paras $21,000 dalam tempoh 2 hingga 3 minggu.

Bagaimanapun beliau yakin BTC akan mencapai zon harga $21,000 pada minggu ini, ulas ll Capo of Crypto sebelum bermulanya dagangan Wall Street.

Difahamkan juga bahawa firma analisis Glassnode bukan sahaja memutuskan sendiri ramalan berkaitan arah tuju BTC, bahkan memberikan sepenuh tumpuan kepada pemegang jangka panjang serta pembeli exchanger.

Rentetan itu, para pelabur BTC telah mengeluarkan pelaburannya dari exchanger ke wallet mereka yang menyaksikan tahap tertinggi sepanjang masa.

Secara konteks, ramalan BTC dalam jangka panjang kekal tinggi susulan berkemungkinan menembusi zon harga $2 juta menjelang tahun 2028.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat