Bitcoin ‘Kemerahan’ Pagi Ini, Israel Rupanya Jadi Punca!

2,120

“Semua mesti berdebarkan halving esok, ye la harga BTC boleh buat pergerakan di luar jangkaan kot.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang menjunam sehingga $60,165 pada pembukaan pasaran sesi Asia pagi ini telah menyebabkan para penganalisis bersetuju corrections mungkin belum berakhir biarpun acara halving hanya tinggal beberapa hari lagi.

Rentetan itu, para trader dan penganalisis ‘Rekt Capital’ berpendapat fasa pengumpulan semula boleh berlaku susulan harga BTC pada tahun 2016 telah melihat kejatuhan kira-kira 38% kemudian 19% pada 2020.

Jadi di sini dapat dilihat fasa pengumpulan semula selepas acara halving BTC boleh berlaku di mana harganya akan merudum ke julat rendah kemudian bergerak mendatar, tetapi perlu diketahui fasa pengumpulan semula secara sejarah berlangsung selama beberapa bulan.

Oleh demikian, harga BTC boleh melakukan penurunan sehingga $50,000 pada sekitar Oktober tahun ini ditambah pula banyak pelabur rasa goyah pada fasa ini disebabkan ketidaksabaran dan kekecewaannya berhubung kekurangan hasil dalam pelaburan BTC sejurus selepas halving pada masa lalu.

Harga BTC pada awal pagi ini mungkin terkesan disebabkan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh setelah Israel tanpa membuang masa membuat serangan udara ke atas Iran sebagai tindak balas melancarkan serangan pada hujung minggu lalu.

Bukan itu sahaja, Presiden Federal Reserve Bank of Atlanta Raphael Bostic baru-baru ini juga yang berhasrat mengekalkan kadar faedah juga jangka pada tahun ini akan hanya satu sahaja penurunan dan penurunan kos pinjaman tidak akan diterima sehingga menjelang akhir tahun ini.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menyusut sebanyak 15.01% pada paras $60,165 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 9.39% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat